Latihan Kebakaran Bersama Bomba Dan Hari Terbuka PI1M Bogag

22 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2018, PI1M Skio telah menyertai latihan kebakaran bersama PI1M Maxis yang ada di Bau. Latihan kebakaran ini diadakan di PI1M Bogag yang mana telah menjemput pihak Bomba Bau sempena Hari Terbuka PI1M Bogag. Pelbagai aktiviti telah diadakan yang mana selain ceramah dan demonstrasi dari pihak bomba turut diadakan ICT explorace, penceritaan digital, taklimat advokasi dan permainan Klik dengan Bijak serta gerai jualan oleh usahawan PI1M Bogag. Seramai 60 orang telah menyertai aktiviti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali